DAMAI

DAMAI

Ahad, 6 Februari 2011

sambungan .....

Sufisme tertegak di atas beberapa persoalan besar, seperti:
(1) Siapakah aku?
(2) Darimana aku datang?
(3) Di mana aku berada?
(3) Ke mana aku kan pergi?

Dalam sufisme, persoalan-persoalan ini membawa sang sufi kepada pengenalan diri, dan oleh itu, makrifat (pengenalan) kepada Tuhan. "Barangsiapa kenal akan dirinya, maka sesungguhnya dia kenal akan Tuhannya" - Hadis.

Memang dalam sufisme ada makam tertentu, berdasarkan tahap kawalan ke atas nafsu.

Makam-makam nafsu ini ada tujuh;

(1) Ammarah - Nafsu terendah.
(2) Lawwamah - Nafsu yang mengkritik diri sendiri.
(3) Mulhamah - Nafsu yang menerima ilham dengan perantaraan malaikat Mulhim.
(4) Muthmainnah - Nafsu yang tenang.
(5) Radhiah - Nafsu yang redha.
(6) Mardhiah - Nafsu yang diredhai.
(7) Al-Kamil - Nafsu yang sempurna.

Setiap daripada kita sebenarnya tidak terlepas pun daripada berada di salah satu makam yang tujuh ini. Dikatakan bahawa nafsu Al-Kamil itu dikhususkan kepada Nabi Muhammad saja. Di antara satu makam dengan makam yang lebih tinggi, terdapat 70 000 hijab (tabir) yang harus disingkap. Singkapan ini dilakukan melalui amalan penyucian hati.

Hati yang suci melahirkan tindakan, tutur kata dan perbuatan yang diredhai Tuhan. "Bukankah di dalam jasad itu ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya.. Itulah hati" - Hadis ..

Tapi jangan hati saja yang suci. Pemikiran juga mau jernih!..

MAKAM MARDHIAH

Makam mardhiah diduduki oleh orang yang berjaya menundukkan hawa nafsunya, sehingga hawa nafsu menjadi tunggangan baginya dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Dia redha terhadap Tuhannya. Segala perkataan, perbuatan dan tindakannya pula diredhai Tuhan.

Hatinya hidup dengan zikrullah (ia berzikir di setiap denyutan nadi, bahkan di setiap aliran darahnya), sentiasa menerima ilham dari Tuhan (menjadikannya ahli hikmah), tenang dan damai, tiada kerisauan dan tiada kedukaan.

Dialah wali besar, penghuni syurga. Akhlaknya seperti akhlak nabi-nabi, cintakan kebenaran dan keadilan, serta pengasih.

"Wahai jiwa yang tenang (muthmainnah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan redha (radhiah) dan diredhai (mardhiah). Maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah kamu ke dalam syurgaku" - Al-Quran.

Sufisme memang melibatkan hati dan akal. Lihat saja pada persoalan-persoalan besar yang menjadi dasar tertegaknya

sufisme, seperti;
siapa aku?
darimana aku datang?
di mana aku berada? dan
kemana aku kan pergi?

Persoalan-persoalan di atas sebenarnya mengandung unsur falsafah (melibatkan pemikiran) dalam membahaskannya. Sebab itu falsafah tidak dapat dipisahkan dari sufisme, dan akal tidak seharusnya dipinggirkan oleh kaum sufi dalam ketekunan mereka mensucikan hati sanubari.