| Assalamu'alaikum wr wb Jom kita berkongsi ilmu dan semoga mendapat manafaat. Mana-mana artikel yang saya rasa berguna maka saya copy pastekan di sini. semoga empunya artikel memberi kebenaran dan mendapat ganjaran dari ALLAH swt. "Mari kita ulangkaji semula, apa makna sufisme,supaya kita tak terpesong daripada 'Sufisme'. Kalimah sufi berasal daripada 'suf' (Arab) yang bererti bulu biri-biri. Para sufi dahulukala membiasakan diri mereka dengan jubah yang diperbuat daripada benang 'suf' ini. Pakaian ini dibuat dengan penuh kesederhanaan, tanpa ada unsur keceriaan. Jika terkoyak, ia akan ditampal, walaupun jubah tersebut sudah bertampal-tampal. Secara lahiriah, para sufi ini kelihatan seperti pengemis. Sebab itulah mereka kerap digelar sebagai darwis, walaupun darwis tidak bererti sufi. Di sana ada lagi kalimah lain yang membawa kepada kalimah sufi, iaitu 'safa''(Arab) yang bererti hening atau suci murni. Para sufi sentiasa menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan penyucian hati secara berterus-terusan, supaya hati mereka pun menjadi hening, suci murni daripada bintikan-bintikan hitam akibat perlakuan maksiat.Jadi,pada peringkat permulaan sufisme, sang sufi merujuk kepada "seorang yang memakai jubah yang amat sederhana daripada benang 'suf', lusuh dan bercompang-camping, dan sentiasa menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan penyucian hati secara berterus-terusan supaya hati mereka mencapai menjadi 'safa'"..Tetapi di zaman moden ini, sang sufi cukup dirujuk sebagai "seorang yang sentiasa menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan penyucian hati secara berterus-terusan supaya hati mereka mencapai menjadi 'safa'"..Maka sufisme adalah suatu ajaran penyucian hati. Penganut sufisme adalah sufi.. Pada zaman Nabi Muhammad, terdapat sekelompok kecil muslimin yang tinggal di penjuru kiri Masjid Nabawi (Penjuru ini agak tinggi kedudukannya, dan dipanggil 'Suffah'). Mereka menghabiskan waktu dengan beribadat semata-mata. Kerap kali ketika mendirikan solat, ada di kalangan mereka yang jatuh pengsan kerana terlalu lapar. Kelompok ini dipanggil 'Ahlu-Suffah'.Para sufi dikaitkan juga dengan 'Ahlu-Suffah' , kerana kehidupan mereka yang mirip. Bahkan dikatakan bahawa 'Ahlu-Suffah' merupakan kelompok pertama mengamalkan sufisme sejak daripada kedatangan Nabi Muhammad.Kesimpulannya, ada tiga kalimah asal yang membawa keapada kalimah sufi; (1) suf - bulu bebiri (2) safa' - hening atau suci murni (3) suffah - penjuru kiri Masjid Nabawi Memang sukar untuk bertemu para sufi di zaman moden ini. Tapi itu tidak bererti bahawa mereka tidak ramai. Kalau berjumpa sekalipun, mereka sukar mengaku diri sebagai sufi. Sang sufi boleh berada dalam pelbagai lapisan masyarakat. Boleh jadi pekerjaannya sebagai pencuci tandas ataupun jurutera, sebagai penjual burger atau ahli korporat, ustaz atau doktor.Lihat saja contoh para nabi dan rasul. Nabi Nuh kerjanya sebagai penjual kayu api. Nabi Sulaiman pula seorang raja yang memerintah manusia, jin, haiwan dan angin. Adalah rasul itu seorang nabi, nabi itu sufi, dan sufi itu orang awam seperti kita. Tetapi orang awam bukan sufi, sufi bukan nabi, dan nabi bukan rasul. Tetapi kita harus waspada. Sebab tidak semua 'sufi' itu benar-benar sufi. Terlalu sukar untuk mengenali sufi sejati, kerana ia adalah soal hati. Kita tak dapat melihat secara langsung, sejauh manakah kesucian hati seseorang, sehingga melayakkannya bergelar sufi. Tetapi jika seorang yang kotor hatinya baru belajar tasauf/sufisme, ia adalah normal.Sufisme tertegak di atas beberapa persoalan besar, seperti:(1) Siapakah aku? (2) Darimana aku datang? (3) Di mana aku berada? (3) Ke mana aku kan pergi? bersambung |
DAMAI
Selasa, 27 April 2010
SUFI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya kagum melihat kesungguhan saudara Bintang Kejora dalam memahami sufisme, di sebalik tohmahan yang banyak diterima oleh para sufi sejati.
BalasPadamDalam web forum.cari sekarang, INDIRA juga sedang membincangkan topik sufisme, tetapi pada peringkat yang lebih tinggi. Saudara Bintang Kejora bolehlah menelitinya.
Semoga berjaya!
Wassalam.